Monday, December 5, 2016

5 Disember 2016 : Aku Rindu Dia

Assalamualaikum Diari Hati...


Mengapa wanita mudah untuk jatuh cinta pada seorang lelaki? 
Mengapa hati wanita begitu murah dan lemah? 

Untuk kesekian kalinya aku terjatuh hati kepada seseorang lelaki. Lelaki yang telah lama ku kenali namanya namun jarang sekali untuk bersemuka. 

Mengapa? Kenapa?

 Kerana setiap kali bertemu pasti banyak perbezaan yang telah terjadi. 

Kenapa aku berkata begitu? Adakah setiap kali aku bertemu dia hatiku sudah mempunyai orang lain? Atau adakah pada saat itu aku masih tidak pasti akan naluri hatiku? Atau mungkin kerana masa begitu singkat yang tidak  mengizinkan kami untuk mengenali antara satu sama lain? 

Yang pasti.... aku sendiri masih tidak memahami perasaanku ini. 

Setiap wanita pasti menginginkan lelaki yang sempurna seperti dia. 
Mengapa aku mengatakan dia sempurna? 
Kerna... dia memang sempurna. 

1. Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat.
2. Seorang lelaki yang rajin, menghormati ibu bapa/ orang tua. 
3. Seorang lelaki yang pandai, bersungguh - sungguh dan pemalu.
4. Seorang lelaki yang setiap hari, setiap waktu solat di masjid.
5. Seorang lelaki yang menjadi muazin pada usia yang muda. 

Adakah dia kurang sempurna bagi kamu semua? 

Bagiku dia sudah cukup sempurna walaupun dia tidak beharta,atau mempunyai rupa. 

" YA ALLAH.. YA RAHMAN.. YA RAHIM.. 
Jika dia benar milikku, tetapkanlah hatinya untukku. 
Jika dia jodohku, KAU jagalah dia dimana pun dia berada. 
KAU berikanlah dia kebaikan sebanyak 210 kebaikan. 
Dan KAU lindungilah dia sentiasa. Aamiin " 

AKU RINDU DIA !! 

In The Eyes Of Mine,
Iya Rauf
 

Monday, November 30, 2015

Disember Sudah Tiba.

Disember sudah datang.
November pula sudah pergi. 
Ya Allah, sungguh cepatnya masa berlalu. 
Seperti semalam aku merasakan bermulanya 1 Jan 2015 namun kini sudah menjelang 30 Disember. 
Nampak kan begitu besar dan agungnya kebesaran Yang Maha Pencipta,Allah SWT. 

Aku berdoa dan aku berharap agar bulan ini akan memberi kenangan yang indah kepada kita semua. 
Dan pada bulan ini jugalah, Iya dan rakan - rakan akan menerima keputusan PT3 kami. 
Iya berdoa agar semua pelajar T3 2015 dan sudah semestinya pelajar - pelajar SMK ST MARY akan memeperoleh kejayaan yang cemerlang dan dapat membanggakan ibu bapa kita, Insya-Allah. 

SELAMAT DATANG DISEMBER. 
SEMOGA KEHADIRAN KAU DAPAT MEMBERIKAN SEJUTA MAKNA DAN KENANGAN BUAT KAMI SEMUA.. 

In The Eyes Of Mine, 
Iya Rauf

Wednesday, November 25, 2015

Friends

Friends are people who always by our side.
Friends are people who do the stupid,crazy things with us.
Friends are the one who always listen to our problem and help us with our problems. 
Friends are the people who always make our day full of cheer and laughter. 

Dear friends, 
Thank you for being such a good partner,sister and everything for me. 
This the only thing that I can do to thanked your kindness to me. 

"A memory last forever
Never does it die
True friends stay together 
And never say goodbye." 

In The Eyes Of Mine, 
Iya Rauf

Sunday, November 22, 2015

C.I.N.T.A

Cinta?
Apa itu cinta? Semua orang selalu mengungkapkannya tetapi tiada siapa yang mengerti dan mengetahui apa erti cinta yang sebenar.

Mengapa kita bercinta?
Adakah semata - mata ingin memuaskan nafsu? Atau mengikut rakan - rakan yang bercinta? Yang jelas kita semua tidak pasti apa tujuan sebenar kita bercinta. Betul tak?

Bagi Iya, cinta yang sebenar adalah apabila dua insan saling mempercayai, menghormati dan menyayangi antara satu sama lain tanpa rasa curiga dan was was. Dan bagi Iya, kita bercinta bukanlah untuk memuaskan nafsu atau pengaruh rakan - rakan tetapi kita bercinta adalah untuk merasai kasih sayang yang diberikan oleh seseorang yang bernama lelaki.


In the eyes of mine,
Iya Rauf


Tuesday, October 21, 2014

Friendship

Friendship


❤️❤️ FRIENDSHIP means,
UNDERSTANDING,
NOT AGREEMENT.
FRIENDSHIP also mean,
FORGIVENESS,
NOT FORGETTING. 
It means memory last 
Even if contact lost. ❤️❤️

-Aifan007- 


Apabila takdir tidak menyatukan kita , tidak mengapa kerana takdir akan menjadikan kita sahabat sejati  untuk selamanya.

Sahabat memberi harapan dan semangat untuk kita semasa kita sedih. Hargailah sahabat kita selagi dia masih berada disisi kita 


In the eyes of mine,
Iya Rauff 

Friday, February 4, 2011

Assalamualaikum :)

Halu haluuu. Assalamualaikum :) Tak banyak yang Iya nak cakap dalam post ni cuma nak bagitahu yang Iya ni pendatang baru dalam dunia blog! Hahaha :P So, kalau Iya ada buat salah silap tu, mintak tolong ajarkanlah ye :D


In The Eyes Of Mine,
Iya Rauff