Mengapa wanita mudah untuk jatuh cinta pada seorang lelaki?
Mengapa hati wanita begitu murah dan lemah?
Untuk kesekian kalinya aku terjatuh hati kepada seseorang lelaki. Lelaki yang telah lama ku kenali namanya namun jarang sekali untuk bersemuka.
Mengapa? Kenapa?
Kerana setiap kali bertemu pasti banyak perbezaan yang telah terjadi.
Kenapa aku berkata begitu? Adakah setiap kali aku bertemu dia hatiku sudah mempunyai orang lain? Atau adakah pada saat itu aku masih tidak pasti akan naluri hatiku? Atau mungkin kerana masa begitu singkat yang tidak mengizinkan kami untuk mengenali antara satu sama lain?
Yang pasti.... aku sendiri masih tidak memahami perasaanku ini.
Setiap wanita pasti menginginkan lelaki yang sempurna seperti dia.
Mengapa aku mengatakan dia sempurna?
Kerna... dia memang sempurna.
1. Seorang lelaki yang tidak pernah meninggalkan solat.
2. Seorang lelaki yang rajin, menghormati ibu bapa/ orang tua.
3. Seorang lelaki yang pandai, bersungguh - sungguh dan pemalu.
4. Seorang lelaki yang setiap hari, setiap waktu solat di masjid.
5. Seorang lelaki yang menjadi muazin pada usia yang muda.
Adakah dia kurang sempurna bagi kamu semua?
Bagiku dia sudah cukup sempurna walaupun dia tidak beharta,atau mempunyai rupa.
" YA ALLAH.. YA RAHMAN.. YA RAHIM..
Jika dia benar milikku, tetapkanlah hatinya untukku.
Jika dia jodohku, KAU jagalah dia dimana pun dia berada.
KAU berikanlah dia kebaikan sebanyak 210 kebaikan.
Dan KAU lindungilah dia sentiasa. Aamiin "
AKU RINDU DIA !!
In The Eyes Of Mine,
Iya Rauf